KE 3
Diri ini sudah menginjak ke umur 21 tahun 3 bulan. Mungkin bagi sesetengah orang umur ini masih tidak cukup untuk digelar matang namun siapa mereka untuk melabelkan diriku matang. Aku sendiri yang menentukan diri aku matng dan aku juga yang menentukan yang aku mhu jadi lebih matang. Ya! Aku setuju bila pengalaman mematangkan diri. Tiga ke empat bulan yang lalu ku mengalami krisis diri yang aku klasifiksikan sebagai kronik. Bilamana hati meronta-ronta memaksa diri untuk tidk lagi memberi/berkhidmat kepada orang lain. Moto atau kata-kata yang aku pegang sebelum ini, ERTI HIDUP PADA MEMBERI yang diilhamkan dari ustaz hasrizal a.k.a saiful islam tiba-tiba menjadi pudar dan lemak untuk mendidik diriku untuk terus memberi. Mungkin kerana aku terlalu reaktif kerna aku terlalu fokus melihat kepada kelebihan dan kecermelangan orang lain sehingga kelebihan diriku tenggelam bersama ketidakyakinan diriku.
Mungkin itu salah satu sebabnya. Namun semakin lama aku men"koreksi" diri aku temui pelbagai lagi permasalahan yang menyebabkan aku meringkuk dalam "penjara" krisis diri. Namun itu bukan lagi aku sekarang. Aku menemui sesuatu permata/hikmah yng membuatkan aku terus tetap di jalan yang ku pilih. Aku tidak boleh mengharap hanya untuk masa sahaja yang menjadikan aku lebih dari yang dulu tanpa aku perlu membuat anjakan/ usaha untuk mencari dan menjadi. Itu nonsense bagiku. Terima kasih kepada "dia" kerana membuat aku sedar tentang ini. Terima kasih banyak!
Ramadhan kali ini adalah ramadhan ke 3 aku di bumi barakah ini dan mungkin syawal nanti juga dalah yang ke 3 juga untuk aku di bumi ini. setelah hampir 19 hari bertemu ramadhan aku mula merasakan sebuah kelainan untuk ramadhan kali. Mungkin kerana salah satunya cabaran yang Allah beri pada aku untuk menghadapi ramadhan bersama-sama menghadapi medan jihad ilmu duniawiku. Aku tidak sesekali sedih atau kesal bahkan aku seronok kerana aku merasakan ramadhan aku terisi dengan perkara yang bagiku betul-betul bermanfaat bagiku. Sungguh ku tidak kesal! Membandingkan dengan ramadhanku tahun lepas aku merasakan 19 hari ramadhan tahun ini lebih bermakna bagiku. Ya! Ramadhan bakal pergi namun tarbiah yang aku dapat di dalamnya tidak akan sesekali aku tinggalkan malah aku akan pastikan semuanya diaplikasikan sepanjang 11 bulan yang akan datang sebelum aku bertemu kembali ramadhan akan datang(jika diizinkan Allah)
Nikmat manis 19 hari ramadhan ini akan aku teruskan sehingga habis ramadhan ini dan hatta bulan-bulan seterusnya!
ya Ia bagiku amat MANIS!!!!

selamat berjuang farid
ReplyDelete