KE-3 DAN ZAMAN KECILKU

8:31 AM Mohammad Farid Ismail 0 Comments

Hari ini sudah menginjak kepada satu syawal. Inilah kali pertama aku merasakan rasa yang tidak pernah selama 21 tahun aku hidup. Merasakan serba salah adakah perlu aku meraikan hari yang sinonim dengan erti KEMENANGAN. Adakah aku layak mengecapi rasa kemenangan itu sedangkan ramadhan yang ku lalui, aku rasakan masih tidak sempurna. huh..mengeluh sendiri. Bagiku KEMENANGAN yang aku cari dan definisikan adalah bilamana aku dapat menemui kembali ramadhan yang meninggalkan ku setelah sebelas bulan aku cari dan ketika dalam mencarinya aku tempuhi dan hiasi diriku dengan nilai sebuah taqwa. Mungkin sedikit berada di awang-awangan namun itulah cita-citaku. Mengharapkan masa sebelas bulan yang bakal aku tempuh penuh dengan perkara yang bermanfaat dan sebagai medan terbiyah untuk aku bertemu ramadhan atau menjadikan tarbiyah ramadhan ini untuk aku implementasikan dalam sebelas bulan ini. Sungguh secara jujurnya aku menghargai ramadhan kali ini. Ditimpa ujian Allah pada ramadhan ini yang mungkin aku boleh kalsifikasikan sebagai sebuah hukuman di atas sifat malas dan tidak bersungguh-sungguh membuatkan aku memandang optimis hukuman tersebut sebagai sebuah rahmat. Ya sebagai sebuah rahmat. Walaupun secara ma3nawi nya ia adalah hukuman kepada sebuah kelalaian aku di dalam kemewahan yang sementara ini.



KE-3
Tulisan diatas adalah mukaddimah dan tidak berkaitan dengan tajuk entry aku aku kali ini. Ramadhan dan syawal kali ini adalah kali ke-3 aku beraya di perantauan. Sungguh aku semakin betah untuk merasa sebak atau sedih walaupun jauh di lubuk hati ini merindukan seluruh keluarga besar ku. Melihat rakan-rakan beraya di perantauan buat kali pertama membuatkan aku perlu menjadi kuat dan mungkin boleh aku katakan sebagai menjadi orang yang mendengar segala kerinduan mereka pada keluarga mereka di Malaysia(padahal bukan selalu pun.haha...) Betullah kata yang aku dengar. Bila mana kita melalui satu jalan buat kali pertama kita merasa susah dan mungkin kita tidak dapat mengamati keadaan sekeliling kita. Namun apabila sudah berulang kali melalui jalan yang sama kita dapat meneka setiap perkara atau benda di sepanjang jalan itu. Bahkan kta mungkin boleh tertanya dimanakah pokok yang rendang di tepi sawah itu hilang. Kerna kita sudah melalui jalan yang sama. Seperti itu juga aku. Menilai keberadaan aku di bumi subur disebabkan berkat dari Allah dengan pandangan yang lebih teliti agar setiap detik tidak aku bazirkan pda yang tidak bermanfaat bagiku.

 Begitu juga semakin meningkatnya umur kita semakin kita melihat dunia dan persekitaran dari perspektif berbeza. Itulah yang terjadi padaku. Ketika di bangku persekolahan, aku melihat ramadhan adalah sebagai menahan lapar dan dahaga dan berterawih 20 rakaat(di kampung aku buat solat sunat terawih 20 rakaat) sedangkan ketika itu aku masih tidak tahu rupanya ada perselisihan pendapat berkaitan bilangan rakaat solat sunat terawih. Melihat Syawal sebagai hanya sebuah bulan untuk keluarga besarku(aku punya 13 adik beradik dan aku anak ke 12) berkumpul sehinggakan x cukup ruang untuk tidur membuatkan aku merindui zaman kecilku. Itulah telahanku berkaitan ramadhan dan syawal. Satu lagi sebelum aku lupa ketika ramadhan adalah kuih yang takkan mak aku buat selain bulan ramadhan adalah kuih melaka. Sungguh aku rindu kuih melaka(Walaupun aku orang Kedah.) haha....

 Kini persepsiku berkaitan ramadhan dan syawal sudah berbeza. Mungkin ramai akan setuju denganku bila aku katakan kebanyakan dari kita terperangkap dalam untuk memilih mengamalkan amalan yang agama terapkan dengan budaya kita yang terlalu meraikan syawal berbanding ramadhan. Sungguh berbeza dengan Mesir khususnya dan semenanjung arab amnya. Mereka lebih menikmati datangnya ramadhan berbanding syawal. Tambahan, Aidiladha lebih meriah berbanding aidilfitri jika di sini. Setuju? Itulah yang terjadi dalam diriku dalam meraikan kemenangan syawal aku tersempit dalam memilih kemeriahan perayaan syawal yang ditunjukkan budaya kita dengan kenikmatan kemenangan yang agama kita anjurkan. Inilah cerita dari separuh tajuk entry ku.

ZAMAN KECILKU
Beralih kepada separuh tajuk entry ku lagi, sempat aku berbual dengan anak buahku yang umurnya sama denganku, Syamel. Anak buahku dan merangkap sahabat/rakan yang rapat denganku ketika kecil hingga kini. Berbual melaui skype. Mengimbau kembali hari raya zaman kecil kami membuatkan aku dan dia tenggelam dalam dunia kami. Rupa-rupanya aku tidak sendiri yang rindukan zaman kecilku. Rupa-rupanya inilah satu kebaikan dari merayakan hari raya dari perperstif budaya. Hubungan kekeluargaan menjadi begitu erat dan utuh. Sungguh aku tidak bohong. Aku merasai sendiri. Aku mempunyai adik beradik seramai 13 orang dan hampir 30 orang anak buah sungguh terasa nikmatnya bila tiba hari raya. Kami adik beradik sanggup tak tidur malam hanya kerana untuk bersembang sesama kami dan mengerjakan sup "gearbox". (Arghhhh..masyuk~~) Sungguh walaupun aku dan Syamel mempunyai ikatan sebagai pak cik dan anak buah namun kami merasakan kami adalah kawan. Dari kecil, kami selalu bersaing dalam segala terutamanya dalam akademik. Kalau main bola(walaupun dia lgi hebat) tetap kami bersaing. Bila tiba masa dia kena pulng ke rumahnya, pasti aku dan dia akan minta pada abahnya untuk lengahkan masa sebab kami mahu main lagi. Ruang tamuku menjdi gelanggang kami bergusti, bermain bola, bermain bola keranjang dan macam-macam lagi permainan yang kami cipta. Andai tiba waktu raya geng kami bertambah dengan anak buahku yang lain tumpang sekaki untuk menikmati zaman kanak-kanak kami. Sungguh indah

PETERPAN MODEN


Terngiang-ngiang di telingaku ketika kecilku aku sentiasa ingin menjadi cepat dewasa(nak cepat dianggap besar dan matang) dan kini aku seperti ingin kembali menjadi kanak-kanak kerna terlalu banyak tanggungjawab perlu dipikul oleh seorang yang dewasa. Mungkin kerana ini "peter pan" merasakan dia sentiasa perlu dan tetap menjadi kanak-kanak kerana dia melihat manusia dewasa terlalu banyak salah dalam menunaikan tanggungjawab mereka. Mungkin juga dia melihat dunia dewasa tidak sebahagia dunia kanak-kanak. Dan dia memilih untuk menjadi kanak-kanak. Mungkin juga salah satu silap manusia dewasa yang aku nampak jelas adalah layanan kita terhadap manusia yang semakin meningkat umurnya9remaja) sama seperti ketika mereka kanak-kanak menyebabkan lahirnya ramai "peterpan" dalam kalangan remaja dan dewasa muda(gelaran yang aku berikan pada dewasa dalam lingkungan 20'an). Kerana apa aku katakan begitu? Kerana pada saat dan umur ketika itu, sultan al-fateh dapat menawan constantinople, namun"peterpan-peterpan" moden ini seronok disogok dengan hiburan yang menyeronokkan sehingga lupa tanggungjawab mereka untuk agama mereka pada umur mereka sebegitu. Mereka begitu mungkin kerana ibu bapa dan keadaan persekitarannya tidak mendidik mereka dengan cara dan acuan yang betul mengikut tingkatan-tingkatan umur mereka. Jika masih dididik mengikut acuan ketika mereka berumur  7 tahun, maka tindakan mereka juga seperti ketika mereka berumur 7 tahun. Jadi, kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa, pastikan anak-anak yang anda bakal lahirkan tidak menjadi "peterpan moden"

sekian~~

You Might Also Like

0 comments: