ADA JALAN
Beberapa hari lepas, aku ada menulis berkaitan ini. Ketika itu hati aku kosong. Terasa diri ini tiada siapa-siapa. Dan ketika itu aku merintih padaNYA supaya hati ini diisi walaupun sedikit. Untuk mengubat diri yang nazak dibuai dunia.
Alhamdulillah, Allah hujankan kasih sayang dari jalan-jalan yang tak disangka. Allah hadirkan tegurannya melalui sahabat-sahabat yang jauh dari aku tapi hakikatnya dekat sangat dengan aku. Ketahuilah teguran itu membuat aku terkesan. terima kasih teguran dari bumi hamka. terima kasih teguran dari bumi maarad dan lain-lain. Terasa tidak sendirian.
Bukan itu sahaja, Allah hadiahkan kekuatan aku untuk terus menimba ilmu. Betul teguran dari sahabat di bumi hamka untuk sentiasa mendekati orang-orang soleh aku terima. Aku cuba gagahi diri ini ke kelas syeikh untuk menimba ilmu Fiqh Perubatan. Dan sungguh kuliah tersebut membuatkan diri ini tenang serta terasa diri ini tidak lagi kosong. Sangat menyeronokkan(Moga Allah istiqmahkan aku lagi untuk menjejakkan kaki aku ke sana lagi).serta terasa bahagian yang kosong sedekit demi sedikit terisi. :)
Dan malam itu aku belajar hukum-hukum berkaitan dengan pembedahan menukar jantina(lelaki kepada perempuan dan sebaliknya serta khunsa) serta penggunaan mayat sepanjang dalam pembelajaran.(Perbincangan tentang itu akan aku tulis dalam entry akan datang.)
Sungguh, Allah tidak pernah lupa kita walau kita lupaNYa seketika. terkesan dengan peristiwa ini.

0 comments: