AKU HARAP AKU BUKAN MALIGNAN episod 3

5:06 AM Mohammad Farid Ismail 0 Comments

Aku duduk di bangku perhentian bas untuk menunggu bas menuju ke asrama ekolahku memandangkan cuti sekolahku sudah tamat. Aku ditemani MP3 kesayanganku yang berjenama SONY. Ku pasang lagu kegemaranku "Keinsafan Diri' yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Fursan. Sungguh menenangkan hatiku. Tidak jauh daripada ada sepasang "merpati" yang masih berpakaian sekolah sedang berpelukan serta bergurau senda tanpa segan silu. Ingin ku tegur mereka namun dalam hati ini terasa seperti tidak sempurna untuk menegur mereka kerna dulu aku pernah seperti mereka. Ketika zaman jahiliah tidak mengenal atau lebih tepat tidak memahami sedalamnya Islam. Aku mengimbau kembali kisahku ketika aku dibuai mimpi indah yang dicipta oleh syaitan.
"Astaghfirullah alazim" aku beristighfar sendirian sambil hatiku menangis memohon keampunan Allah. Sedih dan pilu aku rasakan bila memikirkan kembali.
Aku hanya dapat memandang mereka dengan hatiku membenci sebenci-bencinya dengan perbuatan mereka. Itulah tahap keimananku ketika itu. Akhirnya bas tiba. Meninggalkan "merpati' yang masih seronok menjadi mangsa hasutan syaitan.

Di sepanjang perjalanan menuju sekolahku, fikiranku diawang-awangan memikirkan aku bakal kembali ke dunia tarbiyyah yang aku rasakan aku tidak layak ditempatkan disitu. Dunia yang dipenuhi dengan murabbi-murabbi yang tidak pernah menunjukkan rasa penat lelah mendidik kami warga SMKA Batu Ulu. Aku bakal dikelilingi kembali dengan sahabat yang soleh serta sahabiah yang solehah. Semuanya penuh dengan azam dan tekad yang pelbagai tapi satu tujuan menjadikan dunia ini ladang yang bakal dituai diakhirat. Sungguh murni azam mereka. Namun aku tidak seperti mereka. tiada azam dan tekad sebagaimana mereka. Aku terasa terasa diriku bagaikan gagak yang tersepit dalam kawanan merpati. Aku mengeluh sendirian. Aku masih mencari tujuan aku ditempatkan oleh ibu bapaku ke sini, kedunia yang bukan pilihan hatiku. Kerna apa aku katakan begitu? Kerna ku tahu aku bakal menjadikan "merpati-merpati" disini menjadi "gagak" yang dalam diam merosakkan agama. itu fikirku. Aku mengeluh lagi. Dalam hatiku aku mengharap aku bukan malignan. Yang bisa merosakkan. yang bisa memusnahkan. Kerna ku tahu kemunafikan merajai diriku. Aku tidak mahu kemunafikkanku bakal memusnahkan permata-permata agama disini. Aku dihambat rasa bersalah.

"Dik, dah sampai dah ni!" sapa pemandu bas mengejutkan ku dari lamunanku yang panjang.

Kaki ini bagaikan lumpuh untuk melangkah. Kerna ku tidak mahu memasuki gerbang dunia yang ku rasakan bakal mendidikku mejadi seorang munafik walaupun ku tahu dunia ini adalah dunia yang terbaik bagiku. Walaupun ku tahu dunia ini adalah yang dipenuhi dengan manusia-manusia yang tidak munafik. Mungkin. Namun ku gagahkan juga langkah ku. Dihadapan pintu sudah berdiri Ustaz Wan yang sentiasa murah dengan senyuman menantikan anak-anak didiknya pulang kembali ke asrama. Ku paksakan diri untuk senyum kembali namun hanya mampu "senyum kambing". Aku berjalan menuju ke asrama sendirian selepas mengambil buku kebenaran keluar asrama di pondok pengawal sambil melayan resah di benakku ini. Puas memaksa resah ini hilang. Namun masih tidak mahu mengalah. huh


CORETAN HATI
FARID ISMAIL
10 MAY 2012
2:05 PM

You Might Also Like

0 comments: