#RANDOM
Agak lama aku tidak menulis di sini. Selalu saja menjengah namun malas menulis walaupun selalu ada saja idea untuk menulis. Bukan terasa ada perkara yang priority dia lagi tinggi. Jadi terpaksa di dahulukan.
Hampir sebulan aku sudah di tahun lima. Masih mencari momentum dan track yang betul untuk berlari. (moga Allah mudahkan tahun ini). Risau dan takut itu perkara biasa. Bila doktor tanya kadang-kadang terasa malu sedangkan sudah belajar tapi selalu lupa.
Sejak dua tiga minggu ini aku kurang bercerita masalah aku dengan kawan-kawan. Bukan tak mahu berkongsi cerita tetapi terasa kawan-kawan di dalam mood lain. Jadi aku simpankan sahaja pada aku. Berlakon untuk happy dan gembira di hadapan orang lain. Dan itu tidak mengganggu sangat pembelajaran aku. Malah lagi membuatkan aku fokus. Ditegur dengan kawan tentang perlakuan diri. walaupun agak pedih namun terima seadanya teguran tersebut. Malas nak fikir sangat nanti konfirm ganggu study aku. Tahun ini bukan tahun untuk aku melayan emosi dan karenah aku. aku kena bergerak laju.
Handphone aku hilang. Mungkin tercicir ketika aku jemput housemate aku dari airport. Ya,itu musibah. Namun bagi aku itu musibah terbaik buatku, terasa banyak masa aku sebelum ini terbuang pada handphone. sekarang aku ada banyak masa untuk perkara lain.
Ditambah dengan tanggungjawab yang bagi aku tidak yakin untuk aku bawa, malah dengan keadaan tahun lima yang agak busy. Masih dalam dilema untuk memilih. Moga dipermudahkan.
Komunikasi arab masih tidak dikuasai sepenuhnya. Malu juga bila bertanya patient ketika ambil case dijawabnya dengan loghat mereka yang aku tak tahu. Malu!! sudah tahun ke lima kot di sini. Bahasa macam budak tadika!
p/s; disaat tiada handphone rindu mak ayah sangat-sangat. cepatla dapat balik malaysia.


0 comments: