TANGGAL ITU

9:12 AM Mohammad Farid Ismail 0 Comments

Kini aku sudah menginjak ke tahun yang ke 22 hidup aku di dunia yang penuh dengan pancaroba(poyo gila ayat.. haha..) Tanggal kali ini membuatkan aku merasa satu debaran yang lain dari yang lain kerna pada esoknya bakal berlaku sebuah sejarah yang hampir semua rakyat Malaysia yang inginkan sebuah perubahan dalam struktur organisasi pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Malaysia yang baru. 5 Mei 2013 yang aku harapkan bakal menjadi sebuah hadiah hari lahir yang paling bermakna sepanjang hidup aku ini (mungkin hadiah hari lahir yang terbaik sepanjang hayat aku ) iaitu kemenangan sebuah pakatan yang ingin menumbangkan rejim yang aku kalsifikasikan zalim!

Namun apa yang aku(serta anak-anak muda yang inginkan perubahan) harapkan tidak termakbul akibat dicemari dengan pelbagai isu pilihanraya yang kotor. Dengan isu pengundi yang di"import" dari "overseas" serta isu blackout dan isu kiraan undi semula. Tidak termasuk isu keganasan serta rasuah. Membuatkan aku merasakan sebuah DEMOKRASI sudah mati di bumi yang bernama Malaysia. Hanya sekadar nama sahaja. sudah tiada nilai yang mengiringinya.



GELOMBANG ANAK MUDA

PRU13 ini membuatkan aku memerhati serta mentafsir bahawa PRU akan datang membawa gelombang kebangkitan anak muda yang lebih dashyat dari PRU kali ini, Melihatkan anak-anak muda yang celik demokrasi untuk mempertahankan tanah air mereka dari digadaikan pimpinan yang taksub untuk mengekalkan jawatan mereka supaya mereka boleh mengaut hasil mahsul yang lebih banyak lagi. Bagi aku, aku mencemburui anak muda yang dipukul hanya kerana mengadakan "flashmob" kerana mereka merasai sebuah perjuangan namun aku hanya dapat membantu (teramat sedikit usahaku) sekadar dari perantauan. Melihat melihat laman sosial dipenuhi dengan status-status anak muda yang celik isu pilihanraya dan inginkan perubahan membuatkan hati aku berbunga-bunga ingin berbakti di bumi tanah airku nanti dan memperjuangkan Islam. Ya, sepenuhnya. Aku tidak lagi takut untuk menyatakan fikrah ku kepada keluarga aku. Dan aku menyahut cabaran untuk mengajak keluargaku bersama-sama denganku. Usaha sedikit demi sedikit. InsyaAllah moga berjaya nanti pada PRU14 nanti. Melihat anak muda yang berumur 16 tahun pada tahun ini bersemangat untuk menunggu PRU akn datang untuk bersama-sama melakukan perubahan membuatkan aku yakin dengan perubahan yang bakal berlaku akan datang. Anak muda membawa pengaruh yang amat besar dalam sesebuah negara. Dan kini adalah waktunya.

Untuk sahabat-sahabat seperjuanganku, mari kita memaksimakan tempoh 5 tahun akan datang ini untuk kita membina diri kita yang lebih utuh dan cekal. Penuhi diri kita dengan ilmu. Membacalah! Iqra'! Bermulah sekarang. Jangan tunggu bila nak pilihanraya baru kita terkedek-kedek nak tambah ilmu.

DIA YANG AKU ANGGAP SAHABAT
Dia yang dari tahun 1 aku kenal dia memang amat baik malah hebat dalam kancah akademik membuatkan air mata aku mengalir penuh rasa ukhuwwah fillah (moga ukhuwwah kami kekal hingga ke syurga), Ketika aku yang dalam keadaan patah semangat untuk menghadapi peperiksaan (hanya satu subjek untuk tahun ini) pada esok hari membuat panggilan telefon serta mengucapkan ucapan yang amat aku perlukan ketika itu. Dan juga ktika itu hati aku terus terdetik dan mendoakan dia moga Allah hadiahkan syurga pada dia kelak. Kerna apa, kerna dia adalah seorang kawan yang selama ini tidak pernah aku "expect' untuk memberi ucapan "semoga berjaya" ketika aku terasa aku disini seorang diri. Ucapan yang pendek itu terus melapangkan dada yang sesak.

Dia juga membuatkan air mata lelakiku mengalir kerna amat aku rasakan sebuah ukhuwwah fillah bilamana ia tidak pernah lupa hari lahirku malah menyambut hari lahirku. Membuatkan sekali lagi aku mendoakan dia syurga. Sungguh kawan ketika senang datang bertimbun bila mereka sedari kelebihan kita untuk mereka nikmati namun sahabat ketika susah amat susah hanya datang bila dia tahu kita memerlukan bahu untuk bersandar seketika. Meminjamkan teling mendengar masalah kita. Allah, Kurniakanlah syurga firdaus pada sahabatku, Muhammad Yusri.:)

MINGGU YANG EMOSI DAN SEDIH
ya minggu ini minggu yang penuh hiba untuk aku. hiba bila terasa kasih sayang ALLAH itu sangat indah. Bila aku perlukan teman bicara, DIA hantarkan seorang kawan untuk dipinjam telinganya pada aku mendengar segala masalah aku. Mendenga berita kekalahan PAS di Pendang malah di Kedah membuatkan hati hiba namun membuak-buak untuk pulang nanti berbakti di sana untuk bersedia dengan PRU 14 kelak. Mendengar pula berita bahawa Tok Guru Nik Aziz tidak lagi sebagai MB Kelantan lagi. Namun aku tahu beliau tidak akan berhenti dalam medan perjuangan ini hingga hujung nyawanya. :)



Akhir sekali, terima kasih kepada yang ucapkan ucapan-ucapan sempena hari lahir aku yang ke 22. Namun bukan itu yang aku mahu, cukuplah sekadar mengingati aku dalam doa kalian dan sungguh ucapan itu aku ambil sebagai peringat bahawa ajal aku makin tiba. serta amalan aku masih tidak cukup. Terima kasih semua.

Untuk akhirnya aku tinggalkan kalian dengan sebuah kata-kata yang aku ambil dari status FB seorang doktor dan aku ubah sedikit kata-kata itu:

Dakwat mungkin tidak kekal
Namun DA'WAH mesti KEKAL dan CEKAL!!!!!


You Might Also Like

0 comments: