HARI GEMBIRA KERANA ALLAH

1:36 PM Mohammad Farid Ismail 0 Comments


Ya sungguh dua minggu yang berlalu ini memberi sebuah nilai yang tak dapat aku lari. Bila mana hati dan akal  dipaksa rela untuk men'tadabbur' sebuah nilai. Yang akhirnya memberi sebuah natijah yang ku konklusikan dengan takwilan kefahaman sendiri. Allah memberi kita bukan apa yang kita mahukan tapi Allah kurniakan apa yang kita perlu. Allah datangkan padaku sebuah nilai persahabatan dari manusia-manusia yang aku tidak ketahui dari mana datangnya mereka. Ketika seakan-akan aku merasa untuk memutuskan untuk berjalan sendiri Allah masih mahu aku berjalan berkumpulan. Ya! benar! Dan amat benar bahawa amalan yang sedikit tapi ikhlas boleh membuka hati manusia yang lain. Jangan sesekali kita memperlekehkan atau memandang rendah nilai amalan itu. aku tinggalkan kamu dengan ini


ini yang aku ingin katakan. Allah akan gembirakan dengan perkara yang tidak kita sangka


Ucapan dari seorang kawan yang tidak pernah aku sangka dia akan ingat. Sungguh indah bila kita bersahabat bila kita tidak mengharap apa-apa dari sahabat kita. Asas dia adalah IKHLAS! 
Tak boleh nak rotate plak. Terima kasih pada pemberi. Buat diri ini gembira. Spongebob tu fevret kot. :)

You Might Also Like

0 comments: