REBAH TERSUNGKUR
Detik ini aku rebah tersungkur mencium bumi. Tiada daya untuk berdiri kembali. Kali ini aku betul-betul rebah. Rebah ke jurang aku sendiri tidak mamppu untuk memanjat kembali untuk aku berdiri tanpa bantuan sesiapa. Mencari sandaran untuk aku untuk aku menjadikannya tongkat untuk aku kembali berdiri.
Rebah ini membuatkan aku terlalu responsif. Terutama dengan persekitaran. Minta maaf kepada sesiapa sahaja andai aku ada pernah terlalu responsif dengan anda sehingga terasa hati dengan tindakan responsif aku. Bila dimuhasabah kembali tindakan aku itu, aku menjadi malu tapi aku tetap dengan pendirian aku tentang pendapat aku. kini aku betul-betul memahami keadaan seseorang yang rebah tersungkur, memohon untuk dibantu untuk bangun kembali tetapi dibaling dengan bebanan batu yang sangat berat sehingga dia tidak mampu untuk bangun kembali. Akhirnya dia tinggalkan batu berat itu dan dia terus merangkak meninggalkan batu itu. Aku mengharap aku dapat bangun kembali dengan dapat mengangkat batu itu pada waktu yang sama dibantu oleh rakan-rakanku.
Mungkin da manusia yang akan bercakap yang aku ini futur, bagiku ku tidak pernah futur namun diri ini perlukan sedikit rehat untuk kembali bekerja. Ditambah dengan musibah yang mungkin ata kelalaian aku selama ini untuk aku perbetulkan kembali. Ibarat seperti kereta, perlu berhenti seketika di stesen minyak untuk diisi minyaknya bagi meneruskan perjalanan dan ketika itu jugalah tempatnya untuk kereta itu perlu diperiksa andai dalam perjalanannya sebelum ini kereta tersebut mempunyai kerosakan samada luaran atau dalaman. Begitu juga manusia, perlu untuk memperbaiki dalaman dan luaran. Nabi tidak ke Gua Hira' untuk bersuka-suka tapi pergi dengan satu misi. Begitu juga aku, aku berkhalwat seketika untuk kembali mencari misi aku.

0 comments: