RATIONAL VS EMOTIONAL

12:54 AM Mohammad Farid Ismail 1 Comments

Kebanyakan dari kita bilamana berhadapan dengan dua perkara yang melibatkan diri kita, pada waktu ini rational dan emosional akan menjengah menuntu kita memilih mereka. Dan majoriti manusia hari ini kebanyakannya mungkin aku boleh katakan akan kalah dengan emosi. Maksudnya akan memilih emosi untuk berhadapan dengan permasalahan atau situasi tertentu. Ya! Aku juga kadang-kadang begitu. Dan mungkin ramai rakan-rakanku akan katakan yang aku sentiasa beremosi. Itu tidak aku nafikan. Mungkin keadaan persekitran aku ketika kecil sehingga sekarang mendidik aku untuk beremosi. Bilamana aku dididik untuk belajar bersungguh-sungguh dengan satu sebab yang cukup kuat bagiku untuk mengubah nasib keluargaku yang boleh dikatakan di tahap "kais pagi makan pagi kais petang makan petang". Aku tidak salahkan keluarga cuma itu adalah faktor untuk aku beremosi.

Kini ku kembali beremosi tapi tidak seperti dulu. Dua perkara yang menyebabkan aku beremosi iaitu:
1) Keadaan melibatkan aku dan Tuhan(Allah)
2) Keadaan bilamana matlamat yang aku harapkan tidak tercapai

Dua perkara ini yang selalu membuatkan aku beremosi. Melihatkan kawan-kawan sekekliling mendapat apa yang mereka matlamatkan membuatkan emosi aku meningkat dan membuatkan semangat untuk memberi tergendala seketika. Namun, tidak selamanya aku beremosi. Aku mengambil masa untuk berteleku seketika melihat rational disebalik apa yang berlaku. Dan aku kembali "revive" !!! Alhamdulillah.

PERSEKITARAN
Dalam mendidik untuk lebih rational melebihi emosional aku tidak nafikan persekitaran kita perlu menyokong kita untuk lebih rational. Kita perlu bertindak proaktif dalam membuatkan kita lebih rational. Bukan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa, persekitaran kita boleh mengubah daya emosi kita kepada daya rational. Salah! Kita yang perlu mengubah. Mungkin dengan berkawan dengan manusia-manusia yang melbihkan rational dari emosi. Dan bagiku ubat yang mujarb adalah dengan sentiasa dekat dengan Allah. Ia mendidik kita untuk meletakkan emosi dan rational di tempat yang betul.

PEMBINAAN DIRI
Aku masih dalam proses membina diri ke arah itu. Dan aku tidak nafikan amat susah untuk menjadi lebih rational setelah hampir dua dekad aku terdidik dengan untuk beremosi. Doakan!

You Might Also Like

1 comment:

  1. Salam..

    Rasional atau emosional, kedua-duanya sifat yang baik.. selagi pemegang bagi keduanya ialah iman:)

    Rasulullah s.a.w membawa islam kepada manusia melalui hati. Mungkin adakalanya kita lihat akal menguasai rasional dan hati menguasai emosi. Tetapi hakikatnya iman di dalam dada itulah yang memimpin akal dan hati itu hingga keduanya tunduk padaNya.

    :) sekadar perkongsian insyaAllah,,

    ReplyDelete