CINTAKU KEPADANYA

11:15 AM Mohammad Farid Ismail 0 Comments


Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah selepas habis exam tadi, masa ada terluang untuk menukilkan pena maya untuk menyampaikan sedikit ilmu yang bermanfaat(moga-moga). Maaf, walaupun entry lambat sehari disebabkan ana perlu menumpukan kepada buku pelajaran disebabkan hari ini ada exam menyebabkan ana terlambat publish entry kali ini. minta maaf sekali lagi. berbalik kepada tujuan,Jumaat lalu muslim seluruh dunia menyambut tanggal 12 rabiul awal yang acap kali tiba tiap-tiap tahun. namun, adakah semua betul menyambutnya atau ada manusia yang mengaku dirinya umat Islam yang sampai tak tahu jumaat lalu umat Islam menyambut apa. Itulah penangan penjajahan pemikiran barat yang dah menguasai diri umat Islam sebahagiannya. pada bulan Februari ini, muda mudi lebih mengingatkan "valentine's day" daripada mengingatkan "MAULIDUR RASUL". Jadi, entry kali ini Ana mengambil inisiatif untuk kita sama-sama mengambil peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah dalam khutbah terakhir baginda. dan ini juga saranan daripada seorang sahabat supaya sampaikan khutbah terakhir rasulullah dalam blog ana ni..mari sama-sama kita hayatinya....

Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W..
Khutbah ini disampaikan pada 9 zulhijjah tahun 10 hijrah di lembah uranah, gunung Arafah.

Hayatilah... dan andai mampu, berimaginasilah sebaik mungkin tatkala membaca ini..


“Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.

Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak keatas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,sembahlah ALLAH s.w.t, dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘Ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan”

“Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikat-NYA berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” [Al-Ahzab:56]

Jadi,apa yang ada difikiran anda sekarang? Sama-samalah kita mengamalakn segala amanat daripada khutbah terakhir baginda. sama-sama kita amik pengajaran..:)

You Might Also Like

0 comments: