CERPEN: MASA ITU AKAN TIBA

4:26 AM Mohammad Farid Ismail 3 Comments



Assalamualaikum sahabat dan sahabiah yang still follow blog ana nih...exam physio(written & oral) tetibe tangan rasa gatal nak menaip sbb baru jer lepas membaca cerpen dalam internet.
so, terasa nak mencipta cerpen untuk kita semua amik ibrah dari cerpen yang ana bakal nukilkan ini.
SELAMAT MEMBACA...

p/s: minta izin kepada UMMU ,NIK SYAFIQ, AZMAN, ZULAIKHA, SYUHADAH dan KAMAL untuk menggunakan watak antum...hehe..


Malam tersebut semua pelajar masing-masing sedang mengulangkaji pelajaran. Namun, bagi pemimpin-pemimpin pelajar, mereka terpaksa menghadiri mesyuarat di bilik pemimpin pelajar.

"Bagi memberkati majlis ini, kita mulakan dengan bacaan Al-fatihah." itulah Syafiq, Ketua umum@ketua pengawas Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, seorang yang peramah tetapi bila mengendalikan pemimpin, dia perlu bersikap penuh kepimpinan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
وَالْعَصْرِ
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

surah al-asr

seperti biasa syafiq akan memulakan setiap kali mesyuarat dengan surah ini untuk mengingatkan sahabat sahabiah pemimpin pelajar tentang kepentingan masa. Bukan itu saja surah ini teramat banyak isi kandungan untuk diambil manfaat. Sempat juga Syafiq meyelitkan sedikit tazkirah melalui tafsir surah tersebut. Kesemua pemimpin pelajar(PP) bukan saja mendengar tazkirah yang diutarakan Nik Syafiq dengan penuh tekun malah mencatat dalam buku catatan mereka yang diwajibkan pengetua kepada setiap pelajar. Bagi mereka, itu bukan membebankan mereka bagi menyahut sabda RASULULLAH yang ilmu di mana sahaja perlu ditambat dengan mata pena.
"Agenda mesyuarat malam ini berkaitan dengan saudara-saudara kita di Palestin. Seperti kita tahu yang Yahudi laknatullah telah lama menyerang Tanah Anbia tersebut sejak dulu lagi tapi umat islam selurauh dunia tidak dapat melakukan apa-apa hatta menyampaikan bantuan kemanusiaan melainkan kita hanya dapat berdoa serta berterusan memboikot barangan buatan Yahudi." Syafiq atau Nik, nama manja yang digelar rakan-rakan lelaki memulakan mesyuarat dengan rasa sebak merasakan keperitan saudara-saudara mereka di Palestin.

PP lain mendengar dengan penuh tawadhuk bukan kerana takut tetapi rasa hormat kepada kepada Syafiq. Malah mereka juga terkesan dengan agenda bukan setakat dalam SMAPK tetapi agenda dunia ISLAM hatta dunia.

"Jadi, ana mintak pandangan sahabat-sahabat tentang bagaimana kita untuk membantu sahabat kita di sana" Ummu Naqibah, penolong ketua umum(PKU) yang sentiasa tenang dalam setiap perbuatannya tetapi tegas dalam memimpin.

"ana rasa kita patut jalankan solat hajat dan baca qunut nazilah setiap selepas solat maghrib agar Allah membantu saudara-saudara kita di sana dan memusnahkan yahudi laknatullah tu." cadang Azman sebagai penolong ketua umum 2.

"ana juga setuju dengan cadangan tersebut tapi ana nak cadangkan agar kita juga adakan kempen derma untuk membantu saudara-saudara disana dari segi material," tambah si Zulaikha yang sentiasa lantang bersuara dengan melemparkan pandangan yang tajam kepada Syafiq mengharapkan cadangan itu diterima.

"Apa kata kita adakan kempen besar-besaran meboikot barangan yahudi bukan setakat dalam sekolah tetapi juga di luar sekolah. Maksud ana, kita mintak penduduk-penduduk di sekitar sekolah agar amik perhatian tentang ini dengan memboikot barangan-barangan tersebut. Kita juga boleh mintak pihak pentadbir agar mengharamkan barangan-barangan yahudi dijual di dalam sekolah." bangun Syuhadah, Exco Biro Dakwah & kerohanian(BDK) memberi pandangan bernas tersebut.

semua PP bersetuju dengan semua cadangan tersebut dan akan dikuatkuasakan segala cadangan tersebut. mesyuarat tersebut diakhiri dengan bacaan doa dari Ahmad Kamal merangkap pengerusi PERNAS dan bacaan tasbih kafarah dan surah al-asr.

Jam menunjukkan tepat 10:30 seraya loceng berbunyi menandakan "preparation class"(PREP) berakhir untuk malam ini. Pelajar- pelajar mula bergerak pulang ke asrama untuk menikmati makan lewat malam seterusnya mengadakan halaqah di dalam dorm masing-masing. Bagi Syafiq, dia perlu mengemas bilik pemimpin pelajar sebelum bergerak pulang ke asrama ditemani Azman.

"BOOM"
"ALLAHUAKBAR!!!!!"
tiba-tiba mereka mendengar laungan tersebut berulang kali dilaungkan. "lari!!!!lari!!! kawan-kawan!!!!!"tiba-tiba Kamal mengetuk pintu bilik menjerit kepada mereka supaya berlari. Mereka segara berlari. Barulah Azman dan Syafiq sedar yang tanah ilmu mereka diserang oleh yahudi laknatullah beserta konconya, amerika. Bukan kawasan sekolah mereka sahaja diserang malah negara mereka juga diserang.

mereka bertiga, syafiq, Azman dan Kamal bersembunyi di dalam besar berdekatan tangki tahi yang bersebelahan padang sekolah. mereka tidak lagi merasa jijik lagi apabila berada di dalam longkang tersebut yang mengalirkan tahi ke tangki. hanya di benak fikiran mereka adalah melihat mayat-mayat sahabat dan sahabiah mereka bergelimpangan merata tempat . hatta semua bangunan telah runtuh sehinggakan kawasan tersebut bagaikan padang jarak padang tekukur. Setiap dari mereka memikirkan nasib mereka. bagaimana dengan keluarga di kampung. Adakah sudah dijemput Allah. Syahid di jalan Allah.

"isk...isk.isk.." suara esakan seseorang kedengaran
mereka berpandangan sesama mereka. Esakan tersebut membuatkan mereka terjaga dari lamunan mereka terhadap keluarga mereka yang tidak pasti masih hidup atau sudah tiada.

"siapa di sana tu?" Azman bersuara memberanikan diri. Dia juga berasa takut untuk bersuara takut-takut itu adalah "anjing' yahudia dan konconya.

"ana, ummu dengan zulaikha serta syuhadah." Ummu menjawab dengan tenang sambil menenangkan syuhadah yang masih menagis teresak-esak seperti kanak-kanak kecil.
Zulaikha senyap seribu kata kerana masih terkejut dengan keadaan yang berlaku.

Syafiq, Azman dan Kamal bergerak menuju ke suara tersebut sambil berjaga-jaga supaya mereka tidak dikesan oleh "anjing-anjing" yahudi. Sementara itu, mereka juga melihat ada sahabat dan sahabiah sedang menentang dan ditembak "anjing-anjing" yahudi. Syahid untuk mereka. Akahirnya mereka menjumpai Ummu, Zulaikha dan Azman.

"ALLAHUAKBAR!!!!!!!"
teriakan dari Hisyamuddin yang dibelasah "anjing-anjing" yahudi. Mereka berenam hanya dapat melihat melalui lubang-lubang kecil di longkang besar itu sahaja tanpa berbuat apa-apa. Semua kelu untuk berkata-kata. Memikirkan apa yang terjadi seterusnya.

bersambung bagi memberi laluan kepada exam..insyaAllah, ada masa ana sambung balik cerpen ni...Assalamualaikum...


You Might Also Like

3 comments:

  1. salam..

    malu2....
    ni crite dri novel mne?
    nk g bli nih...hehe

    ReplyDelete
  2. haha...saja belajar menulis cerpen...
    untung boleh jadi syeikh habiburrahman el-shirazy ke-2....
    hik2...

    ReplyDelete
  3. nnt kalu dh kuar kat pasaran britahu ana tau...
    x kire mana2 pasaran ataupn pasar malam...haha

    ReplyDelete