AHLAN RAMADHAN EL KAREEM

5:20 AM Mohammad Farid Ismail 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t....

Disaat menaip ini ana berada di mesir menunaikan fardhu ramadhan di bumi barakah ini, bumi anbia' ini.. Rasa gembira menyambut ramadhan walaupun rindu teramat sangat dengan Malaysia tapi itu tidak mematahkan semangat ana untuk terus berada di bumi Tanta ini.

Ana tak pulang ke Malaysia tahun ini adalah kerana beberapa sebab. Pertamanya kerana family lebih menggalakkan anaberada di sini. kerana apa? Untuk mengutip mutiara2 ilmu di sini. Di samping itu, ana ada matlamat ana sepanjang cuti ini untuk dicapai. Moga2 Allah permudahkan jalan ana ini. Ada seorang ustaz bertanya pada ana. enta rasa enta akan puasa di sini seperti enta berpuasa di Malaysia? ketika itu, ana tertanya-tanya kenapa ustaz bertanya macam tu. kemudian, beliau menyoalkan adakah ana berpuasa pada tahun lepas? baru ana faham maksud soalannya. Beliau bertanyakan kualiti puasa ana. Ana malu untuk berkata-kata. kerana apa? kerana suasana di sini dengan Malaysia amat berbeza. Di sini, mereka amat meraikan kehadiran ramadhan. semenjak hari pertama puasa mereka sudah memasang lampu kelip di rumah mereka. di bandingkan di Malaysia, kita lebih meraikan syawal. Perasaan malu menebal di hati melihatkan keadaan di sini. Ana selau terfikir, dan ana bercadang untuk tidak pulang ke Malaysia selama 4 tahun. kerana apa? mungkin kerana ana ingin betul2 ingin merasa kerinduan kepada keluarga di Malaysia.

Bukan tak sayang pada keluarga di Malaysia tapi ingin measakan biah tarbiyyah di bumi ini. ingin merasakan hidup betul2 berdikari. Allah, andai ramadhan ini ramadhan terakhir bagiku, kau jadikanlah ramadhan kali ini betul2 bernilai di hari akhirat nanti ya Allah. ameen..

satu lagi, kebanyakan masjid di sini akan membaca satu malam dengan satu juzu' ....jadi, ana harap ana dapat melatih diri dengan ilmu ikhlas dan khusyu' dalam solat. sahabat2, mohon doa antum semua moga ana dapat melalui ramdhan kali ini dengan penuh ketaqwaaan..

Ana permisi dulu...

p/s; keluarga di Malaysia jangan sedih2 dan rindu ana disini....

Wassalam....

You Might Also Like

0 comments: