ADIKKU YANG PALING KU SAYANG
![]() |
| KELUARGA AYAH DAN MAK YANG ADA ANAK 13 ORANG ANAK( TAPI ADA YANG TAK ADA) |
Assalamualaikum. Hari ini satu-satunya adik yang aku ada, NORKAMALIYAH BINTI ISMAIL sudah genap 20 tahun. Sudah menjadi seorang gadis. Perbezaan umur kami yang dekat yang mana hanyalah setahun membuatkan aku dan adikku ini amat rapat. Buktinya aku akan tahu rahsianya lebih awal dari orang lain dalam keluargaku. Mengimbau kembali ketika zaman kanak-kanak kami yang penuh warna warni membuatkan aku terasa begitu cepat aku dan adik membesar.
Teringat ketika adik memasuki tahun satu (kelasnya 1 Harapan), penuh dengan semangat dan ketika itu aku hanya berazam untuk menjaga adikku dari dibuli orang. Namun, adikku sentiasa kuat. Tidak pernah meminta bantuan abangnya. Dan yang paling manis sekali adik mendapat keputusan nombor dua dalam peperiksaaan akhir tahun satu sama sepertiku ketika aku berada di tahun satu. Ketika detik itu membuatkan aku tercabar untuk belajar lebih hebat dari adikku. Lebih senang untuk aku katakan, dialah "rival" aku dalam pelajaran. Dan katika hari penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang setiap tahun, aku hanya melihat adik menerima hadiah atas usahanya mendapat nombor dua dan aku hanya pulang pada hari itu hanya dengan membawa satu hadiah. itupun hadiah untuk pelajar terbaik matematik untuk tahun dua. Semenjak itu, aku bertekad untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa melebihi adikku dalam setiap aspek terutama dalam pelajaran. Mana boleh adik lebih dari abang kan? Azam tersebut aku buktikan di tahun-tahun selepas itu hinggalah aku berada di tahun enam. Namun berbeza dengan adikku. Bermula dari tahun dua sehinggalah tahun 5, aku sudah tidak nampak lagi adikku ini berada dalam kalangan pelajar-pelajar terbaik untuk "batch" dia. Dia hanya sekadar berada dalam kelompok 10 terbaik sahaja. Tidak lagi berada dalam kelompok 3 terbaik. Ketika itu aku sedih dan tertanya-tanya apa masalah yang adikku hadapi. Berdasarkan pemerhatian aku, mungkin kerana pengaruh kawan-kawan yang sentiasa merendahkannya sehingga dia hilang keyakinan dalam dirinya.
Namun dia tidak pernah putus asa. Teringat ketika dia berada di tahun 6, kami sekeluarga risau mungkin dia tidak akan mendapat 5A dalam UPSR kerana sibuk menghabiskan novel dari mentelaah buku pelajaran. Ketika keputusan UPSR diumumkan, kami sekeluarga terkejut apabila namanya diumumkan mendapat 5A dalam UPSR di sekolahnya sekali gus muncul dalam kelompok peljar cemerlang sekolah tersebut. Sungguh, adik ini luar biasa. Tidak pernah di mataku, aku melihatnya terpengaruh dengan persekitarannya yang "membunuh" semangatnya untuk berjaya. Adik, kau adalah orang paling kuat yang aku pernah jumpa.
Adik aku mendapat tawaran ke sekolah yang aku idamkan semenjak aku di bangku sekolah rendah lagi iaitu SMSAH(jangan tanya aku kenapa aku idam menjadi pelajar sekolah ini). Ketika itu aku tahu adik aku adalah orang hebat. Ketika adik aku berada di tingkatan tiga, dia sekali lagi diuji tuhan dengan ujian yang amat hebat yang mana aku rasakan aku sanggup untuk berada di tempatnya. Kami sekeluarga diuji dengan ujian keluarga. Sungguh hebat! aku yang ketika itu berada di tingkatan empat pun terganggu apatah lagi adikku yang bakal menghadapi PMR. Dan ketika itu dia tidak pernah menunjukkan dia bermasalah tapi aku tahu dia terganggu dengan "ujian" yang Allah turunkan kepada kami melalui keputusan peperiksaannya. Semakin merudum. Aku berusaha untuk membantunya sebaik mungkin. Dan aku pernah berdoa agar segala kepayahannya/masalahnya bertukat kepada aku agar dia menghadapi PMR dengan tenang. Namun perangcangan Allah lebih baik dan Allah lebih tahu apa hikmah disebalik yang DIA beri.
Adik, banyak sungguh yang ku belajar darimu. Nilai ketabahanmu, tidak putus asamu. Engkau yang tidak mengendahkan kata-kata manusia yang ingin menjatuhkanmu. Kau kuat. Dan diri ini mengagumi kekuatan yang kau ada.
Baru-baru ini kau memberikan berita gembira yang membuatkan aku menitiskan air mata kegembiraan. Tahniah! Semoga apa yang kau niatkan itu kekal selamanya. Hatiku tenang pabila ku melihat dirimu dengan busana muslimah itu. Aku sentiasa merafa'kan kesyukuran atas apa yang Allah berikan padamu sekarang ini. Dan aku akan sentiasa mendoakan dirimu sentiasa istiqamah atas perubahan yang kau lakukan ini.
Ingatlah adikku, diri ini sentiasa menyokong dan sentiasa bersedia untuk meminjamkan telinga untuk kau bercerita masalah mu. Ku sudahi dengan satu puisi
KAU BAGAIKAN AIR SUNGAI
TIDAK PERNAH LELAH UNTUK MENGHANYUTKAN GUNDAHKU
TIDAK PERNAH LETIH UNTUK MEMECAHKAN BATU PUTUS ASA
TIDAK PERNAH PENAT MENYUBURI TANAMAN ORANG LAIN
KAU BAGAIKAN MATAHARI
TIDAK PERNAH SEGAN MENYEBAR SINAR BAHAGIA
TIDAK PERNAH JEMU MENCERIAKAN HIDUPKU
SETIAP DETIK SETIAP WAKTU
KAU BAGAIKAN PELANGI
SENTIASA KUAT BERSINAR WALAUPUN SELEPAS RIBUT
SENTIASA MEWARNAI GUNDAH MANUSIA
TERUSKANLAH BERSINAR!


assalamualaikum...
ReplyDeleteterima kasih abg..i'm really2 appreciate it..^_^,..
tiba2 rsa rindu dkt mu..huhuhu...tp kn adik trtnya2 btol ka apa yg mu ckp nie...rsa mcm auta ja...hahahha...nyway, tq very much abg..can't wait to see u in our house..hahha..x sbaq nk tggu mu blek..heee...^_~..
from my point of view.. i don't know is it true or not... but deep in my heart u always like that. wait me next year~~
ReplyDeletehhahahhah..thanx my bro...^_^,..
ReplyDelete