APA NAK BUAT LEPAS NI?

7:41 AM Mohammad Farid Ismail 1 Comments

    Aku bakal meniti hari-hari yang amat ku tunggu-tunggu selama dua tahun yang lalu(ini bukan isu kahwin ye kawan-kawan). Akhirnya hari itu bakal tiba. Hari itu bakal menghilangkan kesemua stress atau tekanan perasaaan aku selama ini. Mungkin akan ada yang mengatakan aku tidak ikhlas selama dua tahun ini. Terpulang. Tapi bagi aku, aku sudah sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik. Namun, pada pengamatan aku, aku lebih sesuai bekerja, bukan berfikir dan bekerja. Itu membuatkan aku bersemangat untuk meniti hari sebagai seorang pekerja. Ya, memang aku tak sangkal kenyataan yang kata setiap orang adalah pemimpin. Dan ingat setiap orang ada ability memmipin dengan cara mereka atau dalam bidang pengkhususan mereka tapi berdasarkan panduan dari kepimpinan rasulullah. Mungkin kerana sebelum ini aku tidak pernah merasai bagaimana menjadi pengarah dan aku terus meniti sebagai seorang ketua, menyebabkan aku tidak memandang(mungkin) dengan pandang sisi sebagai seorang pekerja. Aku percaya sahabat-sahabat baru yang bakal naik lebih hebat lagi. aku sudah cuba untuk memberi apa yang aku mampu untuk mereka supaya mereka faham dan terus bergerak. Bukan seperti aku. Faham selepas setahun bergerak(memalukan betul la farid!)

Ini bukan bererti aku tidak lagi bakal berkecimpung dalam arena ini. Cuma aku akan lebih ingin fokus pada memberi sumbangan secara kecil-kecilan dan memerhati bagaiman keadaan berada di bawah dan bagaiman ahli memandang yang di atas.(sebab sebelum aku tidak pernah bekerja sebagai di bawah. So, aku nak sangat rasa macam mana rasa berada di bawah)

  Namun itu bukanlah perkara aku perlu fikirkan lagi. Terima kasih kepada semua. Walaupun aku melaui dengan penuh tekanan tapi aku tahu dan aku akui aku mendapat sesuatu yang amat bernilai yang aku percaya orang yang tidak melalui ini pasti tidak akan "yang bernilai" itu. Jadi APA AKU NAK BUAT LEPAS NI? 

Jadi aku sudah "list out"kan ape matlamat aku nak capai dalam tahun ni. Sudah semestinya kabanyakan dari matlamat/target yang aku tak dapat buat sejak dari dua tahun lepas. Jadi ini tagert-target aku.

Mac 2013- Disember 2013
  • Dapat hafaz 1 juzu' Al-quran
  • Belajar dan mahir B.Arab Fusaha/Ammiyah
  • Cuba baca dan faham surat khabar arab.
  • Belajar dan habiskan Fiqh Medic dengan syeikh
  • Mumtaz untuk subjek Microbiology
  • Fahamkan fiqh Manhaji [step untuk ke Fiqh Nikah  (^___^)]
  • Ada kawan karib arab
  • Bantu PCT dari segi ekonomi(reti ke aku) dan gerak kerja PCT(farid, ko tuh dah turn, buat cara turn lah.. haha..) serta webmaster(kalau diberi peluang)
So, kawan-kawan(macam la ada org baca blog ko farid!!) jangan lupe doa pada aku yer.. Serius nak capai semua.

You Might Also Like

1 comment:

  1. good luck boss!
    sama la. aku tgh pikir target lpas turun. heee

    ReplyDelete