HARI INI

4:59 PM Mohammad Farid Ismail 0 Comments

Tajuk entry yang membosankan pada malam ini. Hanya sekadar menyerlahkan topik yang ingin dikarang. Sekadar pendek mungkin.

SATU
dia sudah tiga tahun kembali ke SANA. Pada ketika ini dan pada ketika EMINENT berlangsung. Kami dikejutkan dengan pemergiannya sedangkan pada petang itu aku sempat berbual dengannya sebelum dia bertolak ke Iskandariah. Tiba-tiba malam itu dikhabarkan berita yang bagi aku tidak tahu untuk sedih atau berlapang dada dengan ketentuanNYa. tanta yang ketika meriah meraikan EMINENT menjadi suram, mendung dengan rasa hiba. Bagi aku, aku juga terasa suram dan gerun. Petanda Allah memberitahu yang mati itu pasti dan di mana sahaja serta bila masa sahaja MATI itu akan datang. Insan itu aku baru kenal tidak sampai setahun. Dia banyak memberi aku kenal erti hidup secara tidak langsung. Terima kasih kepadamu kawan. Engkau punya IBU dan AYAH yang hebat. Moga kau ketemu mereka di syurga nanti.


DUA
Ketika tinjau-tinjau Fb ternampak gambar ini. Ye, aku setuju sangat dgn "quote" nih. Buat aku teringat ketika aku seorang diri tanpa sesiapa di sisi kecuali Allah. Namun Allah hadiahkan ramai yang merasa sakit seperti apa yang aku rasa. Allah kurniakan Sahabat yang menghilangkan gundah gulana aku. Terima kasih Allah! Kini aku kenal siapa kawan aku. Dan siapa yang bermuka-muka dihadapan aku. :)


You Might Also Like

0 comments: