JIWA MUDAKU DICABAR (ENTRY YANG TERTANGGUH)

7:13 AM Mohammad Farid Ismail 0 Comments


Hari sudah aku meniti 5 Ramadan 1434H. Dalam masa 6 hari istimewa ini, pelbagai ibrah aku terima dari pengamatan aku dengan keadaan sekeliling. Seperti yang semua sedia maklum berpuasa di sebuah negara yang majoritinya menganut Islam malah berbangsa arab, pastinya perbezaan budaya dalam menyambut ramadan itu ada. Sedangkan beza orang mukmin dan orang munafik menyambut ramadan pun sudah ketara inikan pula beza antara bangsa.Jadi aku rangkumkan semua ibrah yang aku amati di dalam sebuah entry ini (sebenarnya malas nak taip byk2 entry).

#IBRAH 1
Satu pagi subuh yang hening, aku berjalan menuju ke masjid. Seperti biasa waktu subuh adalah waktu dimana suasananya aman dan damai(cewahhhhh). Seperti biasa aku solat di masjid Nuruddin yang terletak tidak berapa jauh dengan rumahku, malah bertentangan dengan rumahku. Nak dijadikan cerita, aku terlihat seorang pak cik yang mungkin aku fikir sudah lumpuh sebelah kanan badannya sudah hampir tiba dihadapan rumah Allah itu. Ya, aku ditampar hebat dengan teguran dari Allah itu. Mungkin semua sedia maklum yang golongan yang sentiasa mengunjungi rumah Allah adalah golongan tua, dan pak cik itu adalah salah seorangnya. Bersemangat untuk solat berjemaah di masjid sedangkan usianya itu andai di negara kita sudah dinasihatkan untuk sentiasa beristirehat di rumah. Tingkah lakunya buat aku terkesima seketika sambil mengingat kembali hadith nabi yang menyebut

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.”                                                                                                      
                                                                                                                                                                           (HR Bukhari dan Muslim)

Sungguh dalam benak hatiku ini menangis mengenangkan usia mudaku ini tidak segagah pak cik tua itu untuk sentiasa solat di masjid. Yang paling aku terasa jiwa muda aku ini (malah jiwa muda pemuda-pemuda lain sepatutunya juga) dicabar apabila dia sentiasa solat di masjid setiap waktu. malah aku pernah mendengar dari seorang kawan ku yang menceritakan bahawa seorang pak cik tua yang buta sentiasa solat di masjid. Ya Allah sunguh nikmat yang kau berikan ini aku tidak memanfaatkannya untuk sentiasa tunduk dan sujud padamu di awal waktu, Ampunilah aku. Ya!! JIWA MUDAKU DICABAR!!


#IBRAH 2

nantikan selepas ini (xtaw bila nak tulis blik..mls sangat2!! haha)

You Might Also Like

0 comments: