TEGURAN
Terlalu banyak (insiden/buah idea) untuk diluahkan namun masa yang ada tidak digunakan untuk ku titipkan dalam maya ini. Sekadar menghadapi hari dengan jadual harian yang biasa. Terkena dengan teguran kawan yang bukan secara langusng untuk menegurku namun kata-kata mereka kadang-kadang buat aku senyum sendiri. Kerna ku tahu itu untuk aku. Mungkin mereka tak terniat untuk menegur cuma kata-kata mereka itu seperti terkena padaku. Aku tidak marah pada mereka kerna ku tahu aku yang salah. Pergi meninggalkan rakan-rakan seperjuangan terkapai-kapai, berletih-letihan memikirkan masalah. Sedangkan aku hanya melihat diam sepi seribu bahasa. Hati ini mahu namun diri ini masih kurang mampu seperti mereka.
Masakan tidak, diri ini sudah terasa sebati dengan kerja-kerja itu cuma aku masih bertatih untuk mengubah cara dan gaya hidupku. Doakan aku kawan-kawan. Teguran mereka bisa namun dapat merawat. Terima kasih. :)

0 comments: