BERTUNANG???

2:10 AM Mohammad Farid Ismail 0 Comments


                                             sebelum ke KLIA. muka kak jah, muka nangis,

                                             adik dia nak tinggalkan dia..haha..


Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, 4 Disember 2010, kakak@kak jah ana bertunang. Bakal tunangnya doktor. Lulusan universiti Malaya(UM). Rindu sangat dengan dia. Terasa macam satu tongkat ana dah patah. Kenapa begitu? Sebabnya dialah salah seorang pemberi semangat pada ana. bila mcam ni, teringat kisah-kisah lalu bersamanya.

masa kecik-kecik dulu, teringat masa kak jah ligan(kejar) nijam(abg) guna parang dalam  kebun getah sebelah rumah. tak tahu sebab apa. tapi memang terkenang sangat kejadian. Mungkin bermula hari tu ana da 'mind set' kak jah memang garang. tapi dia pandai. dapat 4A dalam UPSR. Masa tu 4A, masih belum ada 5A.sambung belajar di MRSM GERIK. Kecik-kecik dah belajaq jauh. Dan bermula dari situ jugak ana memasang impian nak belajaq sungguh-sungguh. nak belajaq jauh macam kak jah.

Masa PMR pun dia cemerlang dapat 8A. dan sambung belajaq di MRSM BESERI. 

Masa dekat tak pernah kak jah tak membebel kat ana. ye la, bila balik cuti asyik melangut depan tv je. bukan nak study. Almaklumla, kat sekolah tak selalu tengok tv. tak 'enjoy' bila tengok tv ramai-ramai tapi bila tengok bola baru enjoy. Kak jah, memang membebel je kalau kami buat salah. tak kemas rumah ke.  yelah, dia nak ringankan beban mak, so, suruh kami, iaitu ana dan adik ana untuk kemas rumah. basuh baju dan memasak. dulu, ana asyik merungut je bila kak jah suruh buat. bila disuruh, mesti ana dengan adik ana akan tarik muka. maklumla, bila cuti ingat  nak rehat dari buat keja, kat sekolah dah tak ada masa nak rehat-rehat. so, kat rumah je la harapan kami. tapi kat rumah di suruh buat keja. bila kak jah membebel semua tarik muka. dan kami selalu melawan cakap dia. dan dia ni pantang orang melawan cakap dia.

Tapi dari bebelan dialah ana rasa kat sini semua kerja memudahkan ana. dari basuh baju, memasak, kemas rumah. Alahamdulillah, abnyak membantu. dan bila tak ada bebelan kak jah, terasa macam ada yang tak kena. sebab tak ada orang nak betulkan ana yang salah. bila tak ada dia kat sini, terasa semua kena buat keputusan sndiri. selalunya, akan minta pandangan kak jah.

sepanjang ana berada di sini, dialah salah seorang yang mendengar masalah ana dan beri nasihat. terasa macam tongkat ana memang da patah. nanti, kak jah kahwi, dia kena beri tumpuan pada suami dan keluarga dia. akan kurang beri tumpuan pada ana. mungkin kurang dah nak dengar masalah ana. rindunya pada kak jah.

semalam 'call; dia, nak cakap ngan kak jah tapi dia tengah 'drive', jadi tak cakap panjang. ingat dia nak online lepas tu tapi dia busy. tak apa, ana faham. rindu sangat kat dia. bila la nak balik ni????

kak jah, moga-moga pertunangan kak jah itu hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat.

p/s: rindu family. diorang buat gathering tanpa ana. sob..sob...

You Might Also Like

0 comments: