MANA SIFAT HORMAT ANDA!!!!


Hormat? Apa nilai hormat pada anda? adakah bila dihadapan seseorang yang lebih tua sahaja kita tunduk? Adakah itu sahaja maksud hormat yang anda pelajari? Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang apa yang ana nak sampaikan. Ini adalah sifat yang perlu ada pada seorang peljar yang bergelar penuntut ilmu!
Dahulu, penduduk Mesir akan ucapkan "ahsan nas" apabila bertemu dengan orang Malaysia tapi tidak sekarang. Penduduk mesir amat hormat dengan budi pekerti orang Malaysia yang beragama "Islam" dan berbangsa "Melayu" tapi tidak sekarang. Kenapa?
SITUASI 1
Teringat kata-kata seorang doktor physiology ana,
"Anda semua dahulu masa tahun satu sangat sopan tapi bila dah menginjak ke tahun dua, sopan anda sudah hilang."
Kerana apa doktor ana berkata-kata begitu kepada orang Malaysia sedangkan dahulu kita digelar ahsan nas? Atas hujah apa doktor mengeluarkan kata-kata sebegitu?
Sebelum doktor mengeluarkan kata-kata sebegitu kerana melihat salah seorang pelajar lelakinya sedang senyum-senyum dengan rakan di sebelahnya ketika beliau sedang mengajar.Beliau terkilan melihat pelajarnya tidak menumpukan perhatian ketika beliau sedang mengajar. Sedangkan berhempas pulas beliau untuk menerangkan kepada pelajarnya.Apa perasaan anda bila anak anda sedang bergelak ketawa dengan rakannya sedangkan anda sedang bercakap dengan anak anda? Mestilah nak marah kan? Begitulah perasaan doktor yang mengajar kita. Tapi kita tidak pernah endah dengan perasaan doktor yang mengajar kita. Apa yang kita kisah adalah diri kita sendiri. muhasabah diri kita(termasuk diri ana)
SITUASI 2
Seorang pelajar sedang bermain games di telefon bimbitnya ketika doktor sedang mengajar di hadapan. tiba-tiba doktor ternampak pelajar tersebut sedang bermain atau dalam bahasa sekarang "kantoi" dengan doktor sedang bermain "games". Doktor tersebut terus mengeluarkan kata-kata sebegini,
"kalau anda tidak mahu belajar dan mahu main "games", anda boleh keluar!"
Dan ketika itu pelajar tersebut membuat muka "ketat" pada doktornya. Tidak ada rasa bersalah atas kesalahan yang dilakukan ataupun ucapan minta maaf yang terkeluar dari mulut yang mungkin tersimpan pelabagai khazanah emas. Dan ketika hari itu adalah hari cuti doktor tapi disebabkan pelajar-pelajarnya, beliau datang untuk mengajar pelajar-pelajarnya. Apa perasaan anda andai doktor itu adalah anda? fikirkanlah. jangan fikir perasaan anda sebagai pelajar tersebut tapi fikirlah sebagai doktor tersebut.
SITUASI 3
Masa kuliah sudah tamat tapi doktor dihadapan sedang mengajar lagi untuk menepati silibus yang diberikan jabatannya. Masa sudah melebihi sepuluh minit dari waktu tamat kuliah tapi doktor sedang mengajar lagi. Pelajar-pelajarnya sudah tidak senang duduk. Mungkin memikirkan makanan di dewan makan ataupun katil di rumah.dan ketiaka itu ada pelajar yang masih tidak solat zohor lagi sedangkan waktu hampir habis. tiba-tiba terdengar bunyi ketukan seperti ketukan di pintu "lecture hall". Doktor melihat jam beliau tapi silibusnya tidak habis lagi. Beliau meneruskan syarahannya. Tiba-tiba terdenganr sekali lagi ketukan tersebut. Akhirnya doktor tersebut membuka pintu tersebut dan melihat tiada sesiapa di hadapan pintu tersebut. Maka, tahulah beliau yang pelajarnya sedang mempermainkannya.
Apa yang anda patut buat andai anda adalah salah seorang pelajar kepada doktor tersebut? Adakah anda akan ketuk meja anda untuk memberi 'signal' pada doktor tersebut yang masa sudah tamat seperti pelajar dalam situasi tersebut? Ana rasa itu tidak wajar dan kurang ajar. Setuju? andai tidak setuju, nyatakan hujah kukuh untuk menyatakan perlakuan tersebut wajar. Ana rasa pelbagai cara boleh kita beritahu doktor tersebut agar menamatkan sesi syarahannya. Contohnya, angkat tangan dan bangun memberitahu,
"sir,can u please finish your lecture now because we didn't pray yet."
bukankah itu adalah cara yang sopan dan tidak membuatkan doktor itu terkilan dan anda tidak digelar sebagai kurang ajar?
Muhasabahlah diri kita. bukankah kita penah mendengar kisah Imam As-syafiee yang tidak pernah membunyikan apa-apa hatta untuk menyelak buku ketika gurunya sedang mengajar. Malulah kita dengan orang-orang terdahulu. Hormatilah orang yang memberi ilmu itu.MAlulah kita kerana kita yang mahu menuntut ilmu dengannya tapi kita yang kurang ajar. cuba bayangkan, seseorang ingin meminjam barang anda tapi memintanya dengan tidak beradab. Adakah anda akan memberi pinjam barang anda tersebut? Tentu tidak bukan? Begitulah kita dengan doktor. kita ingin meminta ilmu dari doktor tapi dalam masa yang sama kita tidak beradab dengannya. Berkatkah ilmu yang kita pelajari andai kita tidak beradab dengan guru? Fikir-fikirkanlah.Nau'zubillah, ana harap ana bukan dalam golongan tersebut.
Mari kita muhasabah diri kita adakah kita berada dalam golongan ini?

sokom sokom ! bukan kew kuang ajo name nyew .
ReplyDeletecian kat doctor .
kalo tanak stdy jgn dtg kelas .
kerana nila setitik abiz susu sebelanga ! >.<