NASI???

3:55 AM Mohammad Farid Ismail 1 Comments


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

terasa lama tak menaip. Mungkin disebabkan tanggungjawab kerja dan belajar yang mencemburui diri ini dari membuang masa kepada perkara yang tidak berfaedah. Moga-moga setiap saat hidup ana ini dipenuhi rahmat dan barakah dariMU ALLAH.

ketika duduk bersendirian dalam bilik, tiba-tiba teringat tazkirah pendek yang diberikan sahabat ana, yusri ketika program SALAM(QIAMULAIL PERDANA), tentang nasi.

ape kaitan nasi dengan kita? Nasi, bila kita memakannya semakin banyak semakin terasa kenyang. begitulah juga kita manusia,semakin bertambah umur, bertambah pengalaman dan ilmu, patutnya semakin bertambah ketaqwaan kita pada Allah, tapi, abgaimana kita sekarang? adakah bertambah ketaqwaan kita? rasa malu dan ingin menangis ketika yusri memberi tazkirah kaitan nasi dgn diri kita. malu teramat sgt. ambila masa sekejap dan fikir sejenak tentang nasi. adakah ketaqwaan kita meningkat? terima kasih kepada yusri kerana menyedarkan diri ini ysng amat lalai.

wassalam.

You Might Also Like

1 comment: