AKU HARAP AKU BUKAN MALIGNAN episod 2

9:43 AM Mohammad Farid Ismail 0 Comments

Aku sudah selesai mandi. Kemudian berbaju melayu, berkopiah putih dan berkain pelikat. Sesuai dengan diriku sebagai orang Melayu. Ayahku sudah siap sedia untuk bergerak denganku ke masjid yang hampir lima minit jauhnya jika menaiki motosikal. Kami bergerak ke masjid. Dalam perjalanan aku sekali lagi mengelamun sambil menikmati keindahan bumi Allah sambil telinga menangkap laungan syahdu azan yang berkumandang di selruh pelusuk bumi. Hatiku menjawab laungan azan. Terasa damai di hati.

Selesai solat maghrib berjemaah yang diimamkan sahabatku sendiri, Ehsan. Mempunyai suara yang lunak dan berperibadi mulia. Dialah tempat yang aku selalu mencari jawapan untuk sesuatu persoalan yang timbul di benak hatiku. Bila ditanya apa-apa pun padanya, sentiasa senyum bagaikan soalan itu mudah jawapannya. Dan dia sentiasa ada jawapan yang membuatkan ku tersnyum kerna jawapannya sentiasa memuaskan hatiku dan membuatkan beban persolanku yang aku tanggung  tiba menajdi hilang. Terima kasih kawan. Aku pernah bertanya padanya tentang satu persoalan yang bagiku terasa amat susah mencari jawapannya melainkan aku bertanya pada orang. "Bagaimana kalau aku menjadikan nilai rasa takut aku dengan hantu sama dengan nilai rasa takut aku pada Allah?" Dia terdiam tapi tersenyum. Aku merasakan otakknya berpusing-pusing mencari jawapan yang terbaik untuk dipersembahkan padaku yang seperti anak kecil yang ingin mengenal dunia, mengenal tuhannya. dia menjawab dengan sehabis baik dan bersungguh-sungguh. Aku mendengar bersungguh-sungguh kerna ku ingin merungkai segala persoalan dalam diriku.Kami bersenabgn panjang tapi berilmiah sementara menunggu masuk waktu Isya'. Setiap persoalan yang ku berikan menjadi sperti soalan yang mudah untuk dirinya menjawab. Bak kata orang-orang muda "Kacang je!"

Usai solat Isya', aku seperti tidak mahu beransur pulang. Hatiku seperti ingin berbincang lagi dengan Ehsan tentang pelbagai persoalan. Termasuk persoalan akidah. Namun ayahku sudah berada di motosikal "Kriss"nya mengajak aku pulang. "Huh!" aku mengeluh sendiri.

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mataku. Semakin banyak persoalan yang datang menjengah. Kepalaku pening memikirkan adakah dengan perlakuan aku sekarang dan kan datang menyebabkan diriku ini "perosak' atau istilah yang aku samakan dengan "perosak" adalah "malignan". Mekanisma mereka adalah sama. Merosakkan persekitaran mereka. Adakah aku begitu? Menyebabkan persekitaran aku rosak terutama sahabat-sahabatku yang masih mencari-cari "sinar cahaya" sepertiku. Aku terjelepuk duduk. penangan persoalan yang tiada jawapan disisiku.
" Allah! Ampunilah dosaku! Janganlah diriku ini diumpamakan sperti malignan. Merosakkan sistem badan dan merebak dan terus merebak sehingga punah badan itu. Aku tidak mahu Allah. Bantulah aku.!"

Coretan hati
5 may 2012

You Might Also Like

0 comments: