AKU HARAP AKU BUKAN MALIGNAN
Sekumpulan burung yang aku tidak tahu namanya berterbangan di langit. Kesana kemari dipetang Asar ini. Aku yang hanya duduk bersendirian di atas bangku di hadapan rumahku menikmati keindahan ciptaan Allah dengan penuh perasaan. Melayan perasaanku seorang diri. Ditambah permandangan sawah dihadapanku bersama-sama angin yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan hati ini menjadi hiba. Betapa selama ini aku terlalu lalai dengan keindahan maksiat sehingga melupakan bukti-bukti kekuasaan Allah terbentang meluas. Kini aku sedar selama ini aku buta dengan bukti yang nyata. Tapi aku celik dengan segala dusta-dusta yang pasti akan binasa. Aku mengeluh panjang. Seketika aku termenung panjang. Bertanya pada diriku apakah tujuan aku hidup? Adakah hanya sekadar mengikut adat resam manusia-manusia yang di sekelilingku yang hanya apabila bangun dari tidur hanya memikirkna bagaimana untuk mulutnya disuap ataupun hanya bangun tidur terus ke tampat kerja dan lepas habis waktu kerja, pulang ke rumah berehat bersama keluarga sambil menghadap kotak televisyen dan bila sampai waktu tidur kita beranjak ke ruang beradu kita. "Hurrrrghhhh!" sungguh aku rasakan hidup ini teramat bosan bila memikirkan gaya kehidupan seperti itu yang mana kebanyakan orang dan aku juga mengamalkannya. Seperti tiada wawasan ataupun tujuan hidup ke mana kita selepas ini. Mereka ingat kita selamanya hidup di dunia ini? Tidak... Kita akan bertemu Pencipta kita. Hatiku bagaikan mempunyai mulut mengomel tidak tentu pasal kerna ketidakpuasan hatiku terhadap gaya hidup manusia-manusia sekarang termasuk diriku. Adakah ini sudah diatur? Ku rasakan ini sudah diatur oleh manusia-manusia yang ingin menyesatkan manusia sejagat khususnya umat Islam supaya kabur dengan tujuan mereka hidup. Sekali lagi aku mengeluh panjang.
Aku masih duduk di bangku dihadapanku rumahku. Masih termenung. Sambil aku menoleh ke belakang melihat ibuku sedang sibuk meyiram pokok-pokok bunganya. Ayahku seperti hari-hari biasanya diwaktu petang, di jarinya ada tasbih sambil menghirup teh yang disediakan kakakku sebentar tadi. Diselangi dengan menjamah pisang goreng panas. Mungkin juga menikmati keindahan alam sepertiku jua di usianya sebegini. Aku masih mencari sinar kebahagiaan hakikiku dicelah-celah cahaya matahari yang sedang terbenam di ufuk barat. Otakku masih ligat bagaimana aku ingin meneruskan hidup untuk terus tidak dibuai dengan dunia yang yang hanya sementara. Bagaimana aku ingin untuk tidak sekadar menjadi debu yang hanya sekadar wujud atau tidak, tidak diendahkan. Bahkan mungkin "disapu" bila diperlukan. Aku tidak hanya mahu hidup dan kemudian mati tanpa memberi manfaat pada orang lain. Ku ingin matiku tu ada nilai untuk umat sejagat. Ada nilai di mata Islam. Aku tidak mahu aku menjadi seperti malignan yang bukan memberi kebaikan pada badan malah merosakkan sistem badan. Aku juga mengharapkan hadirku di dunia ini bukan menambahkan kerosakan. Aku ingin membantu menjadikan dunia ini aman dan manusia-manusia yang mendiami "kampung" bumi ini menjadikan bumi ini sebagai ladang ibadat untuk kita tuai hasilnya di akhirat kelak.
"Jom masuk rumah. Dah nak maghrib dah ni. Siap-siap nak ke masjid dengan ayah." bahuku ditepuk lembut ibuku.
Aku bangun dengan rasa malas namun dalam diriku tekadku ku kuat ku ingin ubah diriku dari menjadi malignan kepada manusia sejagat.
-CORETAN HATI-
3 MAY 2012

0 comments: