APA YANG AKU CARI
![]() |
| (PERJALANAN YANG PANJANG INSYAALLAH AKAN SENTIASA INDAH) |
Mencari apa erti aku.
Duduk berteleku sungguh lama.
Jatuh aku ini membuat aku payah.
Payah untuk aku bangun kembali.
Memerah sepenuh kudrat aku
untuk membuang jauh masa silamku.
Sungguh aku tidak kuat.
Berada di situasi ini
mahu aku tinggalkan segalanya
dan menjadi diri aku yang dulu.
Hanya aku dan buku.
Namun erti hidup aku bukan untuk buku.
kerna selama tiga empat tahun
aku didik dan bentuk diriku
untuk sentiasa memberi.
Namun diri ini kembali kepada diri yang dulu
Ingin untuk menerima sahaja.
Argghhh sungguh payah.
Ingin ku menjerit
uagar dapat ku katakan
aku bukan yang dulu
apa yang aku cari?
Hati ini bertanya pada diri
sendirian memujuk diri
untuk terus memberi
Aku perlu lonjakkan paradigma aku
agar apa yang cari
terus tidak kabur
dibawa kabus putus asa.
aku bukan yang dulu
apa yang aku cari?
Hati ini bertanya pada diri
sendirian memujuk diri
untuk terus memberi
Aku perlu lonjakkan paradigma aku
agar apa yang cari
terus tidak kabur
dibawa kabus putus asa.
Hati mengerang kesakitan
5 Januari 2013


0 comments: