TITISAN DOA BUATMU
Assalamualaikum.
Entah dalam beberapa minggu ini aku dikhabarkan dengan khabar yang bagiku adalh khabar sedih tapi mungkin khabar gembira buat mereka di sana.
Hari ini aku mungkin terkejut dengan berita sahabatku yang aku rasa semua yang mengenalinya pasti akan rasa senang. Kerna dia tidak pernah membuatkan rakan-rakan di sekelilingnya bermasam muka. Malah mesti akan terdengar gelak tawanya yang menggembirakan semua.
Semenjak dari tingkatan satu aku di jodohkan untuk mengenalinya kerna aku berada sekelas dengannya. Nyata dia adalah orang yang senang untuk didekati. Ya, dia memang ramah. Kami selalu bertikam lidah secara ilmiah bila isu politik menjadi bualan perbincangan kami ketika ada saja waktu lapang. Namun itu tidak pernah merenggangkan kami.
ditingkatan dua dan tiga aku masih sekelas dengannya dan dia masih tetap menyenangkan semua orang. Hatta tetap menyenangkan guru-gurunya. Aku tetap kagum dengan dia. Seorang anak sulung yang cekal dan tabah. Sentiasa ada masalah kewangan yang membelenggunya namun aku tidak pernah melihat dia sedih. Kerna apa? Kerna dia faham dengan situasi keluarganya dan kerna dia adalah anak sulung. Itu telahan aku sendiri. Apa yang membuatkan gembira tanpa memikirkan masalah kewangannya itu tidak dapat aku pastikan. Namun yang ingin aku katakan adalah aku tidak pernah melihat dia sedih. Sentiasa gembira dan menggembirakan orang lain. Sungguh aku kagum. Dapatkah aku melakukan sebegitu rupa? Masih bermuhasabah diri.
Walaupun kami berlainan kelas ketika di tingkatan 4 namun yang merapatkan kami adalah hubungan kerja sebangai pemimpin pelajar(PP) a.k.a pengawas. Kerja dia adalah menguruskan tiket-tiket para pelajar yang tinggal di luar negeri selnagor khususnya pantai timur dan utara Malaysia. Menjelang cuti semester, dialah antara orang yang paling sibuk kerana selalu berulang alik ke stesen-stesen bas seperti Pudu Raya dan Jalan Duta untuk mencari tiket pelajar-pelajar SMAPK. Terima kasih atasnya jasa anda Khoiri. Kerna kau, semua orang dapat nikmat pulang ke rumah yang tercinta. Dia juga pernah terpilih sebagai naqib ketika di akhir tingkatan 3. Aku fikir dia memang layak untuk itu. Kerna apa? Kerana dia adalah seorang yang peramah. Semua orang dia tegur.
Ketika di tingkatan lima kami dijodohkan untuk berada di dalam dorm yang sama. Dorm B08(dorm peminpin pelajar) walaupun kami berlainan rumah sukan(sistem dormitri di sekolah aku berasaskan rumah sukan. so, sesiapa yang sama rumah sukan akan tinggal satu dorm. tapi ada exception untuk PP). Setiap mesti ada gelak tawnya. Meriah dorm kami. Yang paling aku ingat adalah, dialah yang urut kaki aku terseliuh. Sakit kot dia urut tapi worth sakit tu sebab lepas tu memang lega.
Dia ada "trademark" sendiri iaitu "ayam seketoi"(ayam seketul),. Sebab dia orang utara so loghat dia memang pekat. Bila di kantin mesti akan dengar "trademark" tu. Disebabkan "trademark" tu jadilah gelaran dia "ketoi"> Semua orang panggil dia ketoi.
Ketoi, aku mengaku hanglah antara yang tidak pernah marah orang. Dalam erti kata lain, hang tak pernah bergaduh atau tak bercakap dengan orang bila hang hang berselisih pendapat. Hang sentiasa jaga hubungan sesama manusia. Tak pernah aku lihat hang sakiti orang lain. Moga dengan perkara yang hang lakukan ini, Allah kurniakan syurga untuk hang. Terima kasih sebab jadi kawan aku di dunia ini. Dan moga kita berkawan lagi di akhirat nanti.

![]() |
| Khoiri adalah mamat yang duduk sambil bahunya dipinjamkan kepada seorang mamat = =" |

tsk. rindu ketoi. =(
ReplyDelete