JANGAN SAMAKAN...

2:03 PM Mohammad Farid Ismail 0 Comments

Jangan samakan jalan yang kau tempuhi dengan jalan aku. Ye mungkin jalan kita sama. Tujuan kita sama. risalah kita sama. Namun aku seperti bayi yang baru berumur 3 tahun. Masih dilatih untuk berjalan betul Masih dilatih untuk bercakap betul. Masih dilatih untuk memahami apa yang diajar oleh ibu ayah. Seperti itu aku. Kadan jatuh, aku perlu bangun. Mungkin kau dapat merantau hingga sabah dan mampu berhenti di RnR andai diri kau rebah. Aku? Untuk merayau-rayau sekeliling masih memerlukan bantuan ibu dan ayahku.
Jangan samakan diri kita. Aku terpaksa menerima tanggungjawab sedangkan dalam masa yang sama aku masih terkebil dengan jalan dunia ini. Ye, terpulang dengan diri kau untuk menyatakan aku ini bodoh atau apa. itu hak kau. Namun ingat! kau paham jalan perjalanan ke johor disebabkan kau telah melalui jalan ke johor dengan dua kali. Aku masih dalam perjalanan ke johor. tidak sekalipun masih sampai ke sana. Dalam dua perjalanan itu engkau dapati engakau dapat kutip ilmu-ilmu atau permata-permata yang mungkin kau terlepas atau tertinggal pada perjalanan kau yang pertama. Aku mengaku apa yang kau katakan itu betul namun berikan aku masa. Jangan melabel semberono sahaja tanpa kau amati hati kecil ini.


You Might Also Like

0 comments: